Sejarah


MAJLIS PERWAKILAN MAHASIWA KUIZM (MPMK)


Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) yang dikenali pada hari ini dahulunya adalah Ikatan Mahasiswa KUIZM atau dikenali sebagai 'IMK'.

Persatuan ini ditubuhkan melalui usaha mesyuarat penubuhan kali pertama. Jawatankuasa penubuhan yang terlibat adalah seramai 10 orang termasuk Ustaz Mohd Norhan Hamsi selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) KUIZM, Ustazah Samirah Wasali dan Ustazah Khairun Atiqah Khairuddin sebagai staf KUIZM. 7 orang lagi adalah terdiri daripada mahasiswa/wi KUIZM. Mereka yang terlibat adalah :

  1. Muhammad Ifnuh Sumbogo
  2. Mohamed Helmi Ismail
  3. Wan Muhammad Nor Hazlan Wan Muda
  4. Zulhakim Bakri
  5. Siti Azatul Ain Ibrahim
  6. Ilhami Nadhrah Hamzah
  7. Nurul Izzati Mohammad Sanadi

Pada hari tersebut jawatankuasa penubuhan telah merangka perlembagaan bagi IMK termasuklah mewujudkan jawatan-jawatan di dalam persatuan. Mesyuarat jawatankuasa penubuhan seterusnya diadakan pada 5 November 2010. Pada mesyuarat kali ini perlembagaan IMK dikemaskini sepenuhnya. Antara yang dibincangkan adalah berkenaan misi, visi, motto, status ahli yang berdaftar dan yuran tahunan.

Mesyuarat mencadangkan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Dewan Ulamak PAS dan Rektor KUIZM sebagai Penaung IMK. Ustaz Norhan Hamsi sebagai Penasihat IMK, dan Ustazah Samirah sebagai Penasihat Sementara IMK.

Mesyuarat jawatankuasa penubuhan ini dilaksanakan sebanyak 7 kali sebelum IMK ini ditubuhkan di Markas PAS Kawasan Batu dengan berlakunya perlantikan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) IMK. Perlantikan dibuat dengan undian daripada semua mahasiswa/wi yang hadir pada 30 November 2010.

Yang Di-Pertua (YDP) IMK yang pertama adalah Ustaz Zulhakim Bakri. Setelah itu diteruskan lagi legasi kepimpinan oleh Ustaz Ifnuh Sumbogo. Nama Ikatan Mahasiswa KUIZM ditukar kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIZM (MPMK) pada era kepimpinan beliau. Begitu juga dengan mandat Yang Di-Pertua kemudiannya ditukar kepada nama Presiden.

Ustaz Ifnuh Sumbogo tidak dapat terus mengetuai MPMK kerana menamatkan pengajiannya di KUIZM, lalu jawatan tersebut dipangku sementara oleh Ustaz Wan Muhammad Nor Hazlan Wan Muda sehingga ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). MPMK terus maju dipimpin oleh generasi -generasi selepasnya.

Senarai Presiden MPMK  :

  1. Ustaz Zulhakim Bakri (YDP IMK Pertama)
  2. Ustaz Ifnuh Sumbogo dipangku oleh Ustaz Wan Muhammad Nor Hazlan Wan Muda (Presiden Pertama)
  3. Ustaz Syafie Mad Yunos (Presiden Kedua)
  4. Ustaz Ahmad Syifa Abd Rahim (Presiden Ketiga)
  5. Ustaz Mohd Harith Mohd Noh (Presiden Keempat)
  6. Ustaz Umar Sufi Nasarudin (Presiden Kelima)
  7. Ustaz Umar Sufi Nasarudin (Presiden Keenam)

Ulasan